Friday, January 2, 2009

Proses Menurunkan Enjin


Setelah berjaya “dengan tangan sendiri” membuka sebahagian daripada bodyparts lambretta aku, aku dengan bantuan Mat DH telah “mengorak langkah” untuk membuka enjin lambretta yang telah berusia puluhan tahun ini.

Langkah pertama yang telah dilakukan adalah dengan menanggalkan semua sambungan wayar elektrik yang menyambungkan magnet dan junction box yang terletak disebelah kiri badan lambretta. Kemudian setelah semua sambungan dibuka, batang atau shaft yang menyangkutkan enjin dengan rangka lambretta dikeluarkan dengan membuka nut dikedua-dua belah shaft tersebut, namun begitu disebabkan shaft tersebut telah begitu lama tidak dibuka, aku dan Mat menghadapi masalah untuk membukanya, mujur Pesa yang begitu bersemangat dengan tukul besinya mencuba dan mencuba sehingga beliau berjaya mengetuk shaft tersebut keluar daripada alurnya. Setelah shaft tersebut berjaya dikeluarkan dan nut yang terdapat di penyerap hentak belakang dibuka, barulah enjin tersebut dapat “diturunkan” daripada rangka lambretta tersebut.

Setelah enjin lambretta tersebut berjaya “diturunkan”, perkara pertama yang dilakukan adalah membuka tayar belakang yang masih terlekat di hub belakang, setelah tayar belakang tersebut dibuka, hub tersebut perlu dibuka perlahan-lahan dengan mengetuk hub tersebut keluar daripada “casing” enjin tersebut, namun begitu, sekali lagi kami mengalami masalah kerana hub tersebut begitu “degil” untuk dikeluarkan, setelah beberapa hari disembur dengan WD40, barulah hub tersebut berjaya dikeluarkan.

Setelah semua bahagian yang bersambungan dengan bahagian “casing” enjin berjaya diceraikan, barulah casing enjin tersebut dibuka, operasi membuka casing enjin tersebut hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja oleh Mat DH, semua bahagian tersebut kemudian disusun setempat agar mudah untuk dibersihkan. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membuka enjin ini namun aku betul-betul berpuas hati kerana dapat membuka sendiri enjin tersebut dengan bantuan Mat DH.

1 comment:

  1. salam... apa cita.. bila nak hupdate lagi nih...

    isk! selamat menyambut tahun baru dan maal hijrah...dari shahkasahias..Jurufoto perkahwinan anda..

    ReplyDelete