Salah satu perkara yang membuatkan enjin lambretta kelihatan cantik adalah casing covernya, ramai diantara pemilik lambretta yang berusaha untuk menjadikan casing covernya kelihatan berkemilauan dan berkilat. Antara cara untuk mengilatkan casing ini adalah dengan membasuhnya dengan minyak petrol dan kemudian menggosoknya dengan autosol, tahap kekilatan casing cover sekiranya digosok dengan autosol mungkin hanya dalam lingkungan 60% sahaja, selain daripada menggosok permukaan tersebut dengan autosol, kita juga boleh menghantar casing cover tersebut ke kedai untuk proses "polish". Polish dikedai tidak sama dengan polish sendiri kerana polish dikedai menggunakan bahan kimia dan menggunakan mesin yang lebih berkeupayaan tinggi untuk mengilatkan casing tersebut, cara yang paling terbaik untuk mengilatkan casing cover adalah dengan menghantar casing cover tersebut bagi proses "chroming". Salah satu tempat terbaik untuk proses chroming di KL adalah di jalan Chan Sow Lin, tetapi harga yang dikenakan adalah agak mahal bersesuaian dengan kualiti chrome nya.
No comments:
Post a Comment