Thursday, December 11, 2008
Selamat Datang Lambretta!
Lambretta bukanlah skuter klasik pertama yang aku miliki, sebelum ini, aku telah bergelumang dengan dunia Vespa walaupun tidak menganggotai mana-mana kelab Vespa. Minat terhadap Lambretta sebenarnya datang sejak mula-mula aku mengenali dunia skuter klasik, filem quadrophenia yang dikeluarkan pada tahun 1979 yang memaparkan skuter dan budaya mods sangat menarik hatiku, cuma aku tidak menyedari bahawa dalam filem-filem melayu juga terdapat begitu banyak lambretta terutamanya filem melayu "lagenda" peminat-peminat lambretta iaitu "Che Mamat Parang Tumpul".
Setelah puas mencari, akhirnya aku berjumpa dengan Lambretta pujaan hatiku (sekadar memetik kata-kata aziz sattar dalam seniman bujang lapok). Lambretta LI siri 2 keluaran tahun 1961, nampak begitu gagah ketika pertama kali aku menemuinya. Masih lengkap seperti keadaan asal, lambretta ini dibeli daripada seorang peminat lambretta daripada Kuala Kangsar, walaupun "besi buruk" ini dibeli dengan harga yang tidak setimpal dengan "rupanya" namun aku tahu bahawa nilai dan nostalgia skuter klasik ini begitu mengusik jiwa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah kpd abg rizal...!!kami nantikan kemunculan skuter ini kembali di jalanan...!!!
ReplyDeleteproud to ride this classic scooter..!!